Sewa Bas ke Cameron Highlands
Cameron Highland Destinasi Tenang Untuk Seisi Keluarga
Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highland) adalah antara destinasi yang menjadi tarikan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga. Geografi tanah tingginya menjadikan tumpuan utama kerana suasana yang cukup berbeza dari bandar bandar lain di Malaysia.
Selain itu, lokasinya tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur dan ini menjadikan lokasi ini menjadi tempat persinggahan menarik bagi warga kota melarikan diri daripada kesibukan harian mereka. Kesejukan yang nyaman di Cameron Highland membuatkan ia sangat sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan bercuti di negeri lain di Malaysia ini.
Tarikan utama di Cameron Highland sudah pasti ladang teh mereka yang sangat popular iaitu Boh Tea Center yang terletak di Ringlet dan Sungai Palas. Ladang teh yang memang sinonum dengan Cameron Highlands ini mempunyai pemandangan yang luas menghijau dilengkapkan lagi dengan cuaca yang dingin ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar mengambil gambar terutamanya yang suka ber-selfie.
Tidak lengkap juga percutian anda ke Cameron Highland jika tidak ke Lavender Garden dimana pemandangan yang sangat cantik dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan paling popular sudah pasti bunga lavender disitu yang cantik warna ungunya. Dan yang pastinya anda perlu merasa ais krim yang viral disini iaitu Ais Krim Lavender yang mengandungi estrek dari bunga lavender itu.
Sewa Bas Mengikut Keperluan Anda
Sewa Bas Pintu Ke Pintu
Bas carta ke lapangan terbang
Mengapa Pilih Bus Best?

Beroperasi Sejak 2004

Ahli Agent MATTA

Diiktiraf & Berlesen

Bertaraf MOF
Jenis Perkhidmatan
Jika anda ke Cameron Highland pada hari minggu, jangan lepaskan peluang ke pasar malam Brinchang yang sangat popular di sini. Disini banyak sayur sayur segar, buah buahan dan pelbagai lagi hasil dari Cameron Highland dijual oleh peladang disini. Anda boleh mendapatkan semua ini pada harga yang murah dan tidak dapat di tempat lain. Terdapat banyak lagi tempat tempat menarik yang ada di Cameron Highland ini dan dengan menyewa bas kami, sudah pastinya pemandu kami yang terlatih serta berpengalaman ini mampu membawa famili, kumpulan anda ke tempat tempat menarik disini.
Perkhidmatan Korporat
Pengangkutan Acara
Pakej Pelancongan
MPV Sewa

Lawatan Peribadi – Van


Rombongan Sekolah – Bas


Airport Transfer

PERTANYAAN