Sewa Bas ke Ipoh

Bandaraya Ipoh adalah ibu negeri Perak yang mempunyai pelbagai khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. Jika anda orang KL ataupun orang Johor, pasti akan rasa satu kelainan apabila pertama kali tiba di bandaraya Ipoh

Hubungi Kami

Ke Ipoh dengan Bas Sewa Paling Best

Suasana senibina tempat menarik di Ipoh memberi kelainan kepada yang hadir ke sini. Terdapat taman tema MAPS menjadi tarikan baru di Ipoh serta Taman Eko Rimba Kledang Saiong yang mencintai alam mempunyai pelbagai aktiviti disini seperti jungle tracking, berkhemah dan pelbagai lagi.  

Anda tidak perlu pergi jauh lagi ke utara tanah air kerana Ipoh juga mempunyai tarikan yang menarik minat pelancong kini seperti Art Of Old Town dan Ipoh Heritage Trail. Kawasan Ipoh lama ini telah di beri nafas baru dengan mural 3D yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic seorang pelukis mural yang popular menghasilkan karya di Penang, Johor malah di Kuala Lumpur. Jadi ini memberikan peluang kepada yang minat bergambar untuk bergambar bersama hasil karya Ernest ini.

Jika ke Ipoh pastikan anda menikmati makanan disini yang pelbagai, dan pastinya adalah Nasi Ganja (Restoran Yong Suan) dan Vanggey yang pasti memberikan rasa yang sangat unik dan hanya terdapat di Ipoh ini. Dengan pelbagai tempat untuk dilawati ini, anda tidak perlu risau kerana dengan menyewa bas kami, pemandu kami yang berpengalaman ini mampu membawa anda ke setiap destinasi menarik di bandaraya Ipoh ini.

Sewa Bas Mengikut Keperluan Anda

BusBest menyediakan perkhidmatan yang mampu memberikan kepuasan dan keselesaan anda untuk bergerak. Rombongan seisi keluarga ke Ipoh untuk kenduri kendara, ataupun hari keluarga, kami akan membawa anda ke destinasi anda di serata Ipoh mengikut tentetif anda.  

Sewa Bas Pintu Ke Pintu

Ipoh merupakan destinasi menarik untuk membuat aktiviti berkumpulan dan juga untuk melakukan perjumpaan mesyuarat disini. Kami mampu untuk menampung kapasiti rakan sekerja anda untuk membuat rombongan terus ke Ipoh mahupun untuk membuat persinggahan ke tempat tempat menarik sepanjang perjalanan ke Ipoh seperti ke Sungai Klah, ataupun ke Gua tempurung. 

Bas carta ke lapangan terbang

Jika anda memulakan perjalanan dengan kapal terbang, bas kami juga menyediakan perkhidmatan untuk anda jika anda tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ataupun untuk ke Lapangan Terbang. Perkhidmatan dari lapangan terbang ke hotel dan ke mana sahaja destinasi anda di sekitar Ipoh akan di uruskan oleh kakitangan kami yang berpengalaman.

Mengapa Pilih Bus Best?

Beroperasi Sejak 2004

Ahli Agent MATTA

Diiktiraf & Berlesen

Bertaraf MOF

Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan bas kami yang berhawa dingin dan selesa ini menawarkan perkhidmatan dari pintu ke pintu mengikut jadual dan perancangan anda dan pemandu terlatih kami sedia berkhidmat. Keselesaan bas kami beserta pemandu yang mesra mampu menjanjikan kepuasan kepada anda dan rakan sekerja anda. Selain itu perkhidmatan dari pintu ke pintu disediakan bagi memastikan semua rakan sekerja boleh berkumpul dari pejabat untuk ke destinasi yang dituju.

Perkhidmatan Korporat

Pengangkutan Acara

Pakej Pelancongan

MPV Sewa

Rombongan Pengantin

Rombongan Sekolah

Minibus

Testimoni

Mohd Yusuf

Lawatan Peribadi – Van

“Van sewa amat bersih dan pemandu memandu dengan selamat. Saya amat puas dengan servis”

4_5_stars

Yee Leng

Rombongan Sekolah – Bas

“Waktu rombongan diikuti jadual. Bas tiba lebih awal dari masa. Rombongan sekolah berjaya.

4_5_stars

 Adrian

Airport Transfer

“Pemandu menunggu di lapangan terbang dengan papan tanda. Pelancong tour saya amat kagum. “

4_5_stars

9:30am-5:30pm (Isnin-Jumaat)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup

PERTANYAAN