Sewa Bas ke Port Dickson
Perjalanan ke Port Dickson tidak mengambil masa yang lama jika anda dari Lembah Klang mahupun dari selatan tanah air kerana ia berada di tengah-tengah antara bandar.
Bas Luas dan Selesa Terus ke Port Dickson
Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan pelancongan seperti resort, dan juga aktiviti yang menarik disini. Tarikan utama di Port Dickson adalah pantainya yang cantik, berpasir halus dan laut yang berombak kecil sesuai untuk mandi. Aktiviti yang menarik disini adalah seperti memancing, Banana Boat serta aktiviti sukan pantai.
Selain pantai, terdapat beberapa lokasi menarik untuk dilawati seperti Rumah Api Tanjung Tuan yang berada berhampiran dengan Blue Lagoon juga tempat untuk bersantai seperti di PD Waterfront dimana pengunjung boleh bersantai di tepi pantai Port Dickson sambil beriadah dan bermain layang-layang. Juga menjadi tarikan terbaru adalah Prima Water Theme Park yang mempunyai pelbagai tarikan disini seperti pantai buatan, air terjun dengan gelongsor dan macam macam lagi untuk seisi keluarga.
Sewa Bas Mengikut Keperluan Anda
Jika anda merancang untuk bercuti bersama rakan rakan, mahupun ahli keluarga untuk rombongan, sewa bas adalah pilihan terbaik kerana dengan keselesaan dan kesenangan untuk semua ahli akan memberikan pengalaman yang indah untuk sepanjang tempoh percutian anda.
Sewa Bas Pintu Ke Pintu
Jika anda membawa rombongan kerja dan ingin bersama rakan anda diatas banana boat sambil melepaskan segala tekanan kerja anda, kami juga menyediakan perkhidmatan rombongan korporat tidak kira untuk percutian, mahupun mesyuarat tahunan ataupun team building.
Bas carta ke lapangan terbang
Jika anda ingin ke Port Dickson dengan menggunakan perkhidmatan kapal terbang, terdekat untuk lapangan terbang adalah di Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka, malah boleh juga jika melalui Lapangan Terbang KLIA di Sepang dimana pemandu kami sedia menunggu ketibaan anda.
Mengapa Pilih Bus Best?

Beroperasi Sejak 2004

Ahli Agent MATTA

Diiktiraf & Berlesen

Bertaraf MOF
Jenis Perkhidmatan
Sesuai untuk yang ingin keluar dari kesibukan kota dan merasa percutian pendek disini dengan aktiviti yang berpatutan dan makanan yang lazat. Perkhidmatan bas kami bersedia dengan kuantiti ahli yang ramai untuk membawa anda sekitar Port Dickson dan juga untuk ke tempat penginapan anda. Tidak perlu risau dengan tentetif kerana kami akan menyesuaikan jadual kami dengan jadual anda.
Perkhidmatan Korporat
Pengangkutan Acara
Pakej Pelancongan
MPV Sewa

Lawatan Peribadi – Van


Rombongan Sekolah – Bas


Airport Transfer

PERTANYAAN